Wednesday, February 19, 2014

Terlalu Muda Untuk Berkata

mungkin lepas ini aku bakal dikecam
dengan segenap umat manusia
yg merasakan aku masih muda untuk berkata
mencari suami apa bakal bersama

mereka mula berbisik
menyoal apa yg aku fikir
"dia setahun jagung, miang berlaki'
nah mungkin itu satu dari berjuta
yg bakal diludahkan.

tapi aku persetankan semua...

aku mahu dia nnti seorang yg sabar
nah ayat clishe yg diharapkan
ya , aku harap dia sabar
melayan karenah ku
tika ku masih lg belum matang
ataupun sudah nyanyuk
ditelan usia.

aku mahu dia nnti seorang yg setia
sudah pun tgak bulu roma ku
menaip ayat yg jrang disebutkan
ya, aku harap dia masih lg betah
di sisi tika mana
aku sendiri tidak betah lg bangun 
untuk diri sendiri

aku mahu dia nnti 
seorang yg pandai mengaji
sanggup membaca ayat suci
tika ku nazak
bertarung nyawa
tika ku gelap gelita
meninggalkan dia dan dunia
dia masih lagi membacanya
dan terus membaca.

seorang jauhari pernah berkata
apabila bicarakan sesutu, biarlah emas yg keluar
kerana kata kata itu satu doa.

aku bukan seorang pensyarah, guru mahupun ustazah
tapi itulah yg yg bakal aku tempuhi
aku bukan seorang yang bijak pandai
tapi ingin sekali aku merasai

aku orang biasa yang ingin menjadi luar biasa 
maaf aku mohon
terlalu menonjolkan sisi lain aku
yg belum lg aku pamerkan.

p/s ; Jangan bahan daku. peace.

No comments:

Post a Comment